plus minus gleich

Kelab Kebajikan KIRKHS

Print

Pada awalnya, kelab Kebajikan KIRKHS telah ditubuhkan pada tahun 2003 tetapi telah berhenti beroperasi pada tahun 2006. Dengan inisiatif Timbalan Pengarah KIRKHS, Pn. Zahratol 'Amani Hj Shihabuddin, kelab ini telah beroperasi kembali pada tahun 2014 dengan nama Kelab Kebajikan Kulliyyah IRKHS.

Kelab ini telah melakukan penyusunan semula pengurusannya dan melantik beberapa jawatankuasa dan portfolio untuk meneruskan aktiviti kelab untuk lebih berdaya maju dan memberi faedah kepada ahli-ahli kelab. 

Konsep & Tujuan Penubuhan

Tujuan penubuhan kelab adalah yang bermatlamatkan kebajikan, kemudahan dan keutamaan ahli. Ia juga bagi memberi ruang dan peluang kepada ahli kelab untuk berjariah dan berinfak secara tetap dan sukarela. Ia juga adalah sebagai tabung khairat yang bertujuan memberi sumbangan kepada ahli dan manfaat manfaat yang boleh di nikmati oleh ahli seperti khairat kematian, kelahiran anak, hari jadi, musibah dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab. 

Penyertaan kelab terbuka kepada semua pekerja pentadbiran KIRKHS Pada 28 February 2014 mesyuarat pertama telah di adakan dan ahli bersetuju untuk telah melaksanakan kutipan yuran bulanan sebanyak RM5.00 bermula dari Januari 2014 dari setiap ahli untuk menjana semula kewangan kelab. Kelab juga mempunyai beberapa perancangan untuk menambahkan lagi dana kewangan. Dengan sokongan serta nasihat daripada penaung kelab, iaitu En. Hamdan Adnan, Timbalan Pengarah Kanan KIRKHS, kelab juga telah membuat beberapa aktiviti perniagaan. Adalah di harapkan kelab ini akan dilaksanakan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab bagi kepentingan ahli yang terlibat.  

Pengurusan Setia

1. Tabung ini adalah di bawah pengendalian Bendahari kelab dan ditadbir urus oleh jawatankuasa yang dilantik. 

2. Segala aktiviti dan hal-ehwal kewangan tabung ini perlu dilaporkan secara bertulis dan dibentangkan kepada jawatankuasa pada mesyurat-mesyurat yang diadakan.

3. Kutipan bayaran yuran bulanan keahlian akan dilakukan oleh pihak yang dilantik pada setiap bulan.  Setiap bayaran akan direkod sebagai bukti pembayaran.

4. Sekiranya ahli tidak membayar yuran keahlian bagi tempoh 1 tahun, keahlian akan dibatalkan sehingga ahli berkenaan membayar sepenuhnya tunggakan yuran.

 

Last Updated on Monday, 24 November 2014 02:18
 
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday2
mod_vvisit_counterYesterday13
mod_vvisit_counterThis week35
mod_vvisit_counterLast week43
mod_vvisit_counterThis month94
mod_vvisit_counterLast month126
mod_vvisit_counterAll days410182

We have: 1 guests online
Your IP: 107.20.120.65
 , 
Today: Dec 15, 2017